Wednesday, 23 January 2013

L.O.V.E





Once upon a time...

there was a rich King who had 4 wives.

He loved the 4th wife the most and adorned her with rich robes and treated her to the finest of delicacies. He gave her nothing but the best.



He also loved the 3rd wife very much and was always showing her off to neighboring kingdoms. However, he feared that one day she would leave him for another.



He also loved his 2nd wife. She was his confidante and was always kind, considerate and patient with him. Whenever the King faced a problem, he could confide in her to help him get through the difficult times.



The King's 1st wife was a very loyal partner and had made great contributions in maintaining his wealth and kingdom. However, he did not love the first wife and although she loved him deeply, he hardly took notice of her.





One day, the King fell ill and he knew his time was short.



He thought of his luxurious life and pondered, "I now have 4 wives with me, but when I die, I'll be all alone."



Thus, he asked the 4th wife, "I have loved you the most, endowed you with the finest clothing and showered great care over you. Now that I'm dying, will you follow me and keep me company?"



"No way!" replied the 4th wife and she walked away without another word.

Her answer cut like a sharp knife right into his heart.



The sad King then asked the 3rd wife, "I have loved you all my life. Now that I'm dying, will you follow me and keep me company?"



"No!" replied the 3rd wife. "Life is too good! When you die, I'm going to remarry!"

His heart sank and turned cold.



He then asked the 2nd wife, "I have always turned to you for help and you've always been there for me. When I die, will you follow me and keep me company?"



"I'm sorry, I can't help you out this time!" replied the 2nd wife. "At the very most, I can only send you to your grave."

Her answer came like a bolt of thunder and the King was devastated.



Then a voice called out:

"I'll leave with you and follow you no matter where you go." The King looked up and there was his first wife. She was so skinny, she suffered from malnutrition.



Greatly grieved, the King said, "I should have taken much better care of you when I had the chance!"





In Truth, we all have 4 wives in our lives ...



Our 4th wife is our body. No matter how much time and effort we lavish in making it look good, it'll leave us when we die.



Our 3rd wife is our possessions, status and wealth. When we die, it will all go to others.



Our 2nd wife is our family and friends. No matter how much they have been there for us, the furthest they can stay by us is up to the grave.



And our 1st wife is our Soul,

often neglected in pursuit of wealth, power and pleasures of the ego. However, our Soul is the only thing that will follow us wherever we go.


Tuesday, 15 January 2013

:: Imam Cintaku ::


Oleh : MIS ANNA




SOFA empuk diruang tamu menjadi tempat pertama untuk aku melepaskan penat dan lelah setelah seharian menguruskan kafe milikku sendiri . Tas tangan
diletakkan disisi. Televisyen terpasang tanpa ada sesiapa diruang tamu kecuali aku yang baru sahaja melabuhkan duduk.
“Yaya, kenapa tak matikan tv ni? Membazirlah!” Aku memanggil adik sepupuku yang baru melintasiku. Ditangannya terdapat beberapa buah novel milikku.
Aku menggelengkan kepala. Jika hobi aku suka mengumpul novel, hobi Yaya pula suka membaca novel yang kubeli.
“Alah, Kak Az ni. Yaya nak tengok movie. Yaya tengok ni, tak tinggal pun. Hmmm, Yaya pinjam novel Kak
Az tau.” Macam bagus saja lagaknya menjawab. Macam manalah populasi orang obesiti tidak meningkat kalau setiap kali ingin menonton televisyen, Yaya
tidak pernah akan lupa untuk membawa jajan bersama.
“Cik Az, ini ada surat untuk Cik Az.”
Aku segera mengalihkan pandangan pada Mak Uteh yang menghampiri dengan menghulurkan sekeping sampul berwarna putih. Dengan kening bertaut aku tetap menyambut seraya mengucapkan terima kasih kepadanya.
“Cik Az nak minum?” Mak Uteh bertanya prihatin.
Niat untuk membuka sampul ditangan terbantut seketika. Pandangan ditala pada laman wajah Mak Uteh yang dipenuhi garis-garis kedut. Biarpun penat, bibirnya masih murah dengan senyuman.
“Eh, tak apalah Mak Uteh, kalau Az nak minum, Az boleh ambik sendiri. Mak Uteh rehatlah ya?”
Mak Uteh nampak keberatan bila aku menyuruhnya berehat. Memang tidak sampai hati untuk menyuruh orang tua itu membawakan minuman sedangkan kudratku dua kali ganda lebih kuat daripadanya. Sepatutnya, Mak Uteh hanya perlu duduk dirumah sahaja melayan kerenah cucu-cucu tersayang dalam
usia menitisenja itu. Namun, dia terpaksa bekerja demi menyara dirisendirisetelah ditinggalkan suami dan anak-anaknya yang tidak tahu erti berterima kasih.
“Kalau Cik Az nak apa-apa panggil aje Mak Uteh ya?” ujar Mak Uteh sebelum dia berlalu ke ruang dapur.

Aku kembali menumpukan perhatian pada sampul yang berada di tangan. Sampul itu dibelek-belek seketika sehingga aku menjumpai abjad ‘TZH’ di bucu sampul. Tanpa dipaksa, bayangan wajah Tuah datang menerpa minda. Senyuman kecil terukir di bibir.
Sekeping kad berwarna ungu kegemaranku dikeluarkan darisampul. Pandangan segera tertancap pada setiap baris kata yang tercetak.
‘ Undangan ke majlis reunion kelab Bakti Remaja 2006’
Sebaris ayat itu mula menggerakkan saraf otak. Memori-memori zaman persekolahan mula datang berlayar di minda. Sewaktu berada di tingkatan lima aku menyertai Kelab Bakti Remaja sekolah atas desakan teman-teman. Hendak tak hendak aku menurut jua kehendak mereka. Tawa kecil terletus perlahan.
Lucu pula apabila mengingatisaat-saat itu. Tiba-tiba ada rindu yang mampir diruang hati. Rindu pada sekolah menengahku yang mana sudah tujuh tahun kutinggalkan.
“Kak Az ni kenapa? Dapat surat cinta eh? Kejap senyum lepas tu gelak sorang-sorang! Seram pulak Yaya tengok Kak Az ni”
Sapaan Yaya membuatkan aku sedikit tersentak. Hilang terus memori-memori manis yang datang bertandang di ingatan tadi. Aku memandang Yaya dengan muka tidak puas hati. Cuba mengawalrasa malu yang menyelubungi diri. Tidak tahu pula Yaya mengintip setiap perlakuanku sebentar tadi.
“Isy, mana ada! Yaya tu kenapa? Pandang Kak Az semacam. Sejak bila Yaya jadistalker Kak Az ni?” sengaja aku mengusik Yaya yang terlalu menunjukkan minat untuk mengetahui isi kandungan kad di tanganku. Aku senyum sahaja melihat Yaya ketawa. Kantoilah tu!
“Kak Az dapat surat apa tu? Tak nak share dengan Yaya ke?” Yaya mula mengambil tempat disebelahku, ingin merampas kad yang kupegang. Aku biarkan sahaja Yaya membaca isi kandungan kad tersebut. Tiada apa-apa yang perlu dirahsiakan.
“Kak Az nak pergi Pahang?” Yaya bertanya tanpa memandangku.
“Kalau ya kenapa?” aku menyoalnya kembali. Sengaja ingin mengusik sepupu kesayanganku itu.
“Jauhlah Kak Az…”
Tanpa amaran aku merampas kad di tangan Yaya. “adikku sayang, Pahang dengan KL tak adalah jauh mana pun. Kak Az boleh drivelah.” Aku ketawa melihat wajah blur Yaya. Tas tangan dicapai, bersedia untuk bergerak ke bilik tidurku. Langkahku terhenti apabila Yaya menahan.
“Tapi…Yaya tak rasa papa akan benarkan Kak Az drive sorang-sorang. Errr….” Yaya kulihat keberatan untuk menyambung kata-katanya namun dapat kuagak apa yang ingin disampaikan. Senyuman dibibir sedikit pudar.
“Tak apalah Yaya, Kak Az naik dulu. Assalamualaikum Yaya.”
Anak tangga kudaki dengan rasa sebak yang menghimpit perasaan. Air hangat mula bertakung di kolam mata.
Ingatanku melayang pada kenangan bersama arwah ayah dan ibu.

BAHANG panas terik di luar kelas membuatkan aku jadirimas dengan rambutku. Timbul rasa kesal kerana terlupa membawa gelang getah bersama.
Akibatnya, aku asyik menolak rambutku yang panjang ke belakang. Niat hendak belajar sendiri terbantut. Sudahnya, aku menongkat dagu termenung jauh.
Hendak berbual, Aida dan Umi tiada. Entah ke mana mereka menghilang.
“Hai Az! Kenapa ni? Resah semacam aje Tuah tengok.” Tuah tiba-tiba muncul di hadapanku lalu duduk di tempat Maria, bertentangan denganku.
Senyuman manis terukir di bibirnya membuatkan hatiku tenang. Untunglah hidup jika Tuah yang kacak ini menjadi teman lelakiku.
“Tak ada apalah Tuah. Az rasa panas sikit. Nak ikat rambut getah pulak tak ada.” Aduku manja. Buku latihan di atas meja diambil lalu dikipas-kipaskan ke
muka. Anak mata Tuah yang tajam merenungku, aku buat-buat tidak Nampak. Tuah memang gemar memandangku begitu.
“Lah…kenapa tak cakap Az nak getah? Kejap ya, Tuah tolong carikan untuk Az.” Tuah bergerak keluar dari kelas. Dia menuju ke kelas sebelah. Kami bebas keluar masuk kelas kerana ketiadaan guru. Ramai guru yang tidak dapat masuk ke kelas masing-masing kerana terpaksa menghadiri mesyuarat penting bersama pengetua. Hanya pengawas sekolah yang mengawal keadaan kelas. Aku memerhatikan gelagat Muhaimin mengayat Najihah. Sungguh terbaik apabila pengawas sekolah itu mengabaikan tanggungjawabnya demi mengurat kekasih hati.
Aida Dan Umi masuk ke kelas terus melabuhkan punggung di tempat masing-masing. Aku segera menurut apabila Aida menggamit, menyuruh aku menghampirinya. Malas mahu mengambil kerusi, aku duduk di atas meja Umi. Siap bersila lagi.
“Korang ke mana tadi? Boleh pulak tinggalkan aku sorang-sorang.” Aku menyebak rambut ke belakang. Rimas dan panas.
“Kitorang pergi tandas tadi. Tak kan kau nak ikut jugak kot.” Umi meleretkan suara. Ada senyuman bahagia
terukir di pangkal bibirnya.
“Hah, yang kau senyum-senyum ni kenapa? Apa yang jadi masa korang pergi tandas tadi?” Aku menepuk tangan Umi yang berada di atas meja. Aku memang sudah masak benar dengan perangai Aida dan Umi kalau sesuatu terjadi pada mereka.
“Kau Tanya Aida.” Jawab Umi pantas.
Aida menjuihkan bibir. “Dia bahagialah sebab Cikgu Wafi tegur dia tadi. Aku yang cun gila ni dia tak tegur pulak. Bengang betul! Ni mesti Si Umi ni buat sesuatu sampai CikguWafi tak nampak aku.” Begitu beremosi Aida bercerita manakala Umi tersengih memanjang.
Padanlah. Budak berdua ni memang dah lama tangkap cintan dengan Cikgu Wafi, guru matematik kami yang muda remaja lagi kacak. Mereka sanggup mengheret aku meninggalkan Kelab Melancong semata-mata ingin menyertai Kelab Bakti Remaja yang diuruskan olah CikguWafi. Gila!

Memang tidak kunafikan ketampanan CikguWafi namun benteng pelajar dan guru itu menjadi penghalang kuat untuk aku turut serta meminatinya. Aku tidak segila sahabat-sahabatku ini. Kalaulah CikguWafi utu sudah berpunya, mati kataklah Aida dan Umi. Heheh.
“Korang berdua ni gediklah!” Ujarkiseklai lagi menolak rambut ke belakang. Benar-benar tidak selesa.
“Kau ni kenapa Az? Tolonglah ikat rambut tu. Rimaslah aku tengok. Tahulah rambut kau tu cantik.” Ujar Aida mencubit pahaku. Aku menyeringai kesakitan. Bisa sungguh tangan minah ni.
“Kau ingat aku tak rimas ke? Aku tertinggal getah rambutlah. Tadi Tuah cakap nak tolong carikan tapisampaisekarang tak muncul-muncul.”
Aida dan Umisaling berpandangan dan berbalas senyum penuh makna.
“apa?”
“Kenapa kau tak couple aje dengan Tuah tu? Nampak tak yang dia sukakan kau?” Umi mengusik namun aku tidak menyambut. Malas mahu melayan mereka berdua.
“Az, Tuah suka kau. Kalau dia tak suka kau, dia tak kan susah payah nak carikan getah untuk kau.” Kali ini Aida pula mengambil giliran untuk mengusik.
“Aku dengan Tuah tu kawan ajelah. Jangan nak mengada-ngada ya?” Aku berpura-pura marah. Bukan apa, aku tidak suka bila rakan-rakan sekelas mengusik aku dengan Tuah. Bimbang jika kekasih hati atau orang yang meminati Tuah akan memarahi aku yang tidak bersalah. Cewah!!

Bicara kami terhenti bila Tuah datang menghampiri, senyuman girangnya menghantar rasa senang di hati. Tuah memang kacak dan pandai bergaya. Tuah…
nama yang aneh kan? Namanya yang unik menarik minatku untuk lebih mengenalinya. Tuah Zikri bin Halim. Nama yang sesuai dengan orangnya.
“kenapa Az duduk atas meja ni? Ambiklah kerusi. Tak eloklah duduk atas meja ni.” Tuah menghulurkan getah ke tanganku. Aku menyambut dengan
senang hati. Rambut yang panjang segera dicekak lalu diikat kemas. Barulah selesa.
“alah, Az malas nak ambik kerusi. Nanti kena simpan balik.”
Tuah menggelengkan kepala. Aku hanya tersengih memandangnya.
“HEI, Hang Tuah! Mari ke mari kau bantu beta disini! Naib presiden apalah kau ni Tuah?” Ijam masuk ke dalam kelas kami dengan membawa kertas A4
setebal satu inci di tangan dan diikuti oleh Badrol.
Tuah yang tersentak segera menghampiriIjam, pelajar tingkatan enam yang memegang jawatan Presiden Kelab BaktiRemaja. Mereka berbincang seketika
di bahagian hadapan kelas. Tuah merupakan naib presiden kelab. Ijam akan selalu datang ke kelas kami untuk berbincang mengenai aktiviti kelab.
Walaupun Tuah baru sahaja berpindah ke sekolah kami, dia dipilih menjadi naib presiden kelab kerana mendapat undian yang tinggi dari pelajar-pelajar
perempuan namun belum mampu menandingi jumlah undian Ijam. Adatlah tu…kalau handsome, ramailah yang mengundi.
“Ehem…perhatian semua. Presiden nak jumpa ahli Kelab BaRe kejap. Mintak kerjasama darisemua ahli untuk keluar kejap ya?” Tuah melaungkan
suaranya kuat cuba menandingi suara rakan-rakan lain yang rancak berbual.
“Alah, tak payahlah skema sangat. Cakap aja kat dalam ni. Malas nak keluar. Cikgu tak ada pun.” Aida membalas lantang. Aku dan beberapa orang kawan yang lain mengangguk setuju. Tuah berbualseketika dengan Ijam sebelum keluar ke kelas sebelah.
“Errr…relax-lah cik adik. Jangan marah-marah. Tak eloklah. Heheheh…takut saya. Chill-lah!” Ijam memandang Aida dengan sengihannya. Siap mengangkat tangan lagi. Aida turut membalas dengan mengangkat tangan juga.
Aku mengeluh. Macam manalah orang yang suka main-main ni disuruh jadi pengerusi. Aku rasa Tuah lima kali ganda lebih layak untuk memegang tanggungjawab itu. Tuah lebih serius dalam melakukan kerja. Namun aku tidak berhak bersuara kerana aku merupakan ahli baru Kelab BaRe. Aku memandang Ijam di hadapan kelas. Kebetulan bola mata kami berlaga. Hanya jelingan tajam yang aku berikan kepadanya. Senyuman pun lokek untuk diberikan. Malas nak beramah mesra. Tak kenal pun!
“emm..err…tolong bagi perhatian kejap eh? Ni maklumat penting untuk semua ahliBaRe. Hujung minggu ni, BaRe akan mengadakan Program Jati Diri.
Semua ahli diwajibkan untuk menyertai program ni. No excuses. Tolong ambik borang kebenaran ibubapa kat depan ni. Borang ni mesti dihantar pada Tuah ataupun Badrolsebelum hari Khamis ni. Kalau ada masalah, jangan malu-malu jumpa saya. Masalah boleh settle…”
“Terbaiklah Abang Ijam! Tak sabar pulak nak join program ni. Mesti best kan?” Tasya bertepuk tangan. Bukan main lebar lagisenyumannya. Suka kat Ijamlah tu!
Ijam tersengih bangga. “Sabar Tasya. Nanti kita jumpa kat kem ya? Eh, cepatlah ambik borang ni. Tak kan nak suruh saya bagisorang-sorang kot.”
Rakan-rakan yang terlibat mula bergerak mengerumuniBadrol untuk mengambil borang kebenaran ibubapa. Aida dan Umi turut bangun. Hanya aku yang tetap kaku di atas meja. Malas! Berharap Aida atau Umi akan mengambil borang untukku sekali.
“Ni yang duduk atas meja ni tak nak ambik borang ke? Jangan buat-buat tak tau ya? Awak ingat saya tak tahu ke yang awak ni ahli kelab? Saya cam muka awak.”
Aku tersentak bila Ijam mengarahkan jari telunjuknya padaku. Malas mahu menimbulkan kekecohan. Aku cepat-cepat turun dari meja. Badrol kuhampiri sebelum mengambil borang dari tangannya. Nak join kem pun kena paksa! Aku merungut dalam hati.
“Tak payahlah memuncung mulut tu! Ingat Tuah!” Aida menyiku lenganku.
“Diamlah!” aku berpura-pura marah namun dalam hati berbunga-bunga.
‘jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaanya, kerana engkau dipandang bukan kerana rupa, tetapi kesempurnaan hati dan budi…’
p/s: jgn duduk atas meja. Jaga kesopanan gadis melayu. Meja tempat kita menuntut ilmu. Ok?
-TZH-

PAGI itu aku dikejutkan dengan kehadiran sekeping nota yang dilekatkan pada meja. Bait-bait tulisan itu menghantar satu rasa yang sukar untuk ditafsirkan. Bagai ada rasa malu yang menyelinap disegenap ruang perasaan. Ini pasti berkaitan dengan kejadian semalam bila aku duduk bersila di atas meja belajar. Aduh, malu pula bila ada mata yang memerhatikan tingkahku. Nampak gayanya, aku perlu lebih berhati-hati dengan…dengan siapa? Tunggu!
TZH? Mindaku mula mencerna makna disebalik tiga abjad itu. TZH…
Aku kembali membaca nota yang diberikan. Pesanan dan teguran ini lebih kurang sama dengan teguran Tuah. Tuah? Adakah ini pesanan dari Tuah? Tuah?
Tuah Zikri bin Halim!!! Aduh, memang tak salah lagi! Alamak, malunya bila seorang lelaki baik seperti Tuah menegur ketidaksopananku! Sumpah aku malu. Terasa seperti ingin menyorok di bawah meja sahaja. Entah apa pandangan Tuah padaku.
“Hai, Az! Kenapa dengan kau ni? Pagi-pagi lagi muka dah berkerut semacam ni.” Umi datang menyapa. Cepat-cepat aku menyembunyikan nota itu ke dalam beg. Jika Umi mengetahui perkara ini, mesti kecoh. Lagi pula, malulah aku nanti bila aku yang rock ini ditegur oleh Tuah. Biarlah hal ini menjadi rahsia antara aku dan Tuah sahaja.
“Tak ada apalah Umi. Errr…eh, aku nak ke toilet kejap! Sakit perut!” aku segera bangun meninggalkan Umisendirian apabila aku menangkap kelibat Tuah ingin memasukki kelas. Buat masa sekarang aku belum bersedia untuk berhadapan dengan Tuah. Aku malu!
KEADAAN di kawasan kem begitu nyaman dan tenang sahaja. Hatiku sahaja yang resah gelisah menghadapisituasisekarang. Memanglah tidak tenang jika aku terpisah jauh dari Umi dan Aida. Masing-masing duduk dalam kumpulan yang berbeza. Aida lebih beruntung apabila fasilitator kumpulannya adalah
CikguWafi kesayangannya. Umi bermasam muka. Aku pula boleh dikategorikan sebagai malang apabila ditempatkan sekumpulan dengan Tuah. Semenjak hari aku menerima nota pendek darinya, aku langsung tidak berkomunikasi dengannya. Rasa malu yang tebal menghalang aku untuk berbual dengannya.
Lebih seksa lagi apabila terdapat dua orang pelajar perempuan bertudung labuh dan alim di dalam kumpulanku. Bermakna aku perlu menjaga tingkah laku di hadapan Tuah dan mereka berdua! Nak balik!
“Eh, kenapa ni Az? Berpeluh-peluh muka tu.” Tuah bangun mengeluarkan sapu tangan kecil dari poket belakang seluarnya lalu diberikan kepadaku. Dia kembali duduk disisiku. Lebih rapat berbanding tadi. Aku perasan renungan tajam pelajar alim itu namun aku buat-buat tidak Nampak. Kalau cemburu cakap ajalah!
“Az takut eh? Jangan takut, Tuah ada.”

Demi mendengar ayatnya, anak mataku tertumpu pada laman wajah Tuah yang bersih. Rasa tidak selesa yang terkepung tadi bagaikan hilang melayang entah ke mana. Diganti pula dengan rasa terharu. Menyesal pula aku melarikan diri darinya sebelum ini. Kata orang kalau lelaki itu menegur seseorang
perempuan agar menjadi lebih baik, itu bermakna lelaki itu menyayangi perempuan yang ditegurnya. Adakah??
“Ehem, sorry lambat. Saya nifasi korang. Kalau ada apa-apa masalah cakap aja dengan saya ya? Okay, boleh tak korang semua buat satu bulatan? Kita berkenalan lebih rapat lagi. Boleh, Hang Tuah?” Ijam mengambil tempat disebelah kiriku. Aku berganjak sedikit memberi ruang kepadanya membuatkan
bahuku bersentuhan dengan bahu Tuah.
“Errr…boleh tak awak bagi saya duduk sebelah Tuah? Senang sikit saya nak cakap dengan Tuah.” Aku memandang tajam anak mata Ijam yang sedang
memandangku. Suka hati akulah nak duduk mana pun! Yang kau sibuk kenapa? Nak duduk sebelah Tuah pun tak boleh! Dalam terpakasa aku bangun jua
melabuhkan punggung disebelah ustazah alim yang merenung tajam ke arahku. Dek kerana geram sempat jua aku melibas wajah Ijam dengan rambutku
yang sengaja dilepaskan. Padan muka!
Dalam masa 15 minit, kamisaling berkenalan antara satu sama lain. Ahli kami terdiri daripada tujuh perempuan dan tiga lelaki termasuk Ijam. Dua ustazah
memperkenalkan dirisebagai Sabariah dan Najwa. Hahaha! Nama kuno! Dan perhatian yang lebih kuberikan pada Tuah.
“Hai, nama saya Tuah Zikri bin Halim. Boleh panggil Tuah aja.” Senyuman manis memekar di bibir Tuah menghantar rasa senang di hatiku. Baru aku sedari,
Tuah memang gemar senyum. Senyumkan awet muda? Heheh…
“Cik adik, tolong perkenalkan diri. Jangan pandang Tuah macam nak telan pulak.” Ijam memerli. Sekali lagi aku menghadiahkan jelingan tajam pada Ijam.
Sengaja ingin memalukan aku di hadapan orang lain. Hatiku diterpa malu tatkala Tuah tergelak memandangku.
“Hmmm…nama aku Azra Aryana. Korang boleh panggil aku Az je.”
Ijam mengangguk manakala Tuah mengangkat ibu jari tangan kanannya. Siap mengenyit mata lagi. Nakal sungguh. Aku tersenyum melihat telatah comel Tuah.
“PERHATIAN! Kejap lagi kita akan masuk ke dalam hutan tu untuk game ‘treasure hunter’. Kat tangan saya ni ada beberapa keping kad kad berwarna.
Saya nak kamu semua pilih warna pilihan masing-masing. Tolong jaga kad ni elok-elok macam kamu jaga nyawa kamu sendiri. Dalam perjalanan mencari harta karun ni, kita akan menempuh pelbagai cabaran dan rintangan. Berkemungkinan kad ni akan hilang atau rosak. Kad ni penting bila kita sampai kat last
checkpoint sebab ni adalah mata yang akan dikira. Jadisaya mohon kerjasama semua untuk jaga kad ni dengan baik seperti mana keadaan yang kamu dapat.” Panjang lebar penerangan yang diberikan oleh Ijam yang tiba-tina muncul dalam kumpulan kami. Semua ahli tekun mendengar arahannya.
“Abang Ijam, bagi Tasya kad merah tu.” Jerit Tasya tiba-tiba. Teruja benar gadis itu. Ijam senyum memanjang. Geli hati melihat gelagat Tasya barangkali.
“Sabar ya Tasya? Nantisaya bagi.”
Ijam menghulurkan kad pelbagai warna kepadaku. Tanpa mengambil masa yang lama aku terus mencapai kad yang berwarna ungu. Ijam bergerak pula ke arah Tuah disebelahku. Kad kuning menjadi pilihan hatinya. Oh…suka kuning rupanya!
“Ijam, aku rasa better kita gerak lepas Asar. Nanti takut tak sempat solat.” Ujar Tuah sementara Ijam sibuk mengagihkan kad di tangannya.
Ijam senyum mengejek. “Wah, sejak bila kau dah berubah ni? Alim semacam aja…” Ijam mengusik Tuah dengam senyum sinisnya. Aduh, salahkah Tuah berbuat baik? Sengallah Ijam ni! Sosial!
“Okay-lah, kita solat dulu ya? Saya bagi masa dalam 15 minit. Nanti tolong kumpul kat sini balik.” Ijam memberi arahan usai mengagihkan kad kepada kami semua.
“Az, awak ikut Najwa solat ya?jangan jalan sorang-sorang. Bahaya!” Sempat Tuah memberi pesanan sebelum dia meninggalkan aku. Timbul rasa terharu melihat peribadi Tuah.
“Az, jomlah sembahyang sama.” Najwa menyentuh lenganku. Dia memandang dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Segera aku merentap lenganku dari pengangannya. Bagaikan tidak rela disentuh oleh Najwa. Bukannya aku tidak tahu gadis itu tidak sukakan aku. Jadi tidak perlulah hipokrit denganku.
“Korang pergilah! Jangan menyibuk hal aku!” Segera aku bangun dari tempat aku tadi, menghampiri Aida dan Umi. Aku sempat menghadiahkan jelingan tajam pada Najwa.

KAMI tiba di tapak perkhemahan ketika matahari hampir tenggelam. Dek kerana penat,semua peserta duduk melepak di tapak utama perhimpunan
diadakan. Aku tidak ketinggalan. Terlupa terus akan hakikat aku belum menunaikan solat Asar.
“Az dahaga? Minum air Tuah ni.” Tuah menghulurkan air mineral yang dibawa sepanjang perjalanan. Tanpa berfikir panjang, aku lantas menyambut botol
yang dihulurkan dan meneguk minuman dengan rakus. Perlakuanku terhenti apabila mata Najwa dan Sabariah tepat menghala mukaku. Kenapalah dengan
minah dua bijik ni??
“Kenapa Az?” Tanya Tuah prihatin. Aku memandang Tuah. Wajahnya cerah dan licin tanpa sebarang noda. Senyuman yang sentiasa menghiasi bibir
menambahkan seri yang ada. Sungguh manis dan kacak. Adakah sebab itu Najwa dan Sabariah merenung tajam padaku? Mereka cemburu kerana jejaka
idaman Malaya rapat denganku? Aku senyum mengejek memandang mereka. Senyumanku melebar bila tangan Tuah membelai helaian rambutku.
“Kenapa Az tak ikat rambut? Az tak rimas eh?” Tanya Tuah. Rambut yang menutupi dahiku dikuaknya perlahan. Gerakan jemarinya perlahan membuai
perasaan. Renungan sepasang matanya membuatkan aku tersenyum malu.
“Mati kita Hang Tuah!” Ijam tiba-tiba muncul mematikan gerakan Tuah. Dia mengahalakan pandangan pada wajah Ijam yang cemas.
“Kenapa dengan kau ni, Ijam?” Tuah membetulkan duduknya. Menghadap Ijam yang keresahan.
Aku diam memerhatikan perbualan Tuah dan Ijam. Pengerusi dan naib pengerusi. Namun, naib pengerusi BaRe lebih matang daripada pengerusinya. Dia
lebih berkaliber berbanding Ijam. Malas mahu mendengar perbualan mereka, aku bergerak ke khemahku untuk membersihkan diri.

SEBELUM berangkat pulang kami diminta untuk mengemaskan tapak perkhemahan. Sepanjang proses itu, aku langsung tidak dibenarkan menyentuh apaapa kerana Tuah menolong kerjaku. Aku rasakan sepertiseorang puteri pula.
“ Az okay?” Soal Tuah dengan senyuman manisnya. Aku hanya mengangguk seraya menarik senyum. Anak mata membalas renungan redup matanya.
“Mari, biar Tuah bawakan beg Az.” Tanpa menunggu kebenaranku, Tuah terus mengambil beg pakaian dari tanganku. Dia melangkah ke arah bas yang
sedia menanti. Aku sekadar mengekori langkah Tuah.
“Az!” belum sempat aku menaikki bas, Aida dan Umi menarikku kuat. Dibawanya tubuhku agak jauh dari bas.
“Aku tengok kau rapat semacam dengan Tuah. Ada apa-apa yang kami tak tahu ke?” Aida menyoal dengan nada tidak puas hati. Umi mengangguk laju.
Senyuman nakal terukir di bibir. “Tak ada tapi bakal ada.” Ujarku sebelum berpusing meninggalkan teman berdua itu dengan seribu tanda tanya.

KETUKAN kuat pada daun pintu bilik menyentak lamunan panjang yang berlegar di kepala. Tangan di bawa ke dada, mengurut-urut lembut. Nafas
panjang ditarik dan dilepaskan perlahan-lahan. Aku beristighfar di dalam hati. Kasihan dengan insan yang mengetuk daun pintu bilikku, aku segera bangun
membuka pintu. Tersembul muka cemberut Yaya.
“Kenapa ni Yaya? Ketuk pintu macam nak roboh. Buat Kak Az terperanjat aja.”
Yaya diam. Anak matanya tajam merenungku. Kenapa pulak dengan budak ni? Kena rasuk ke?
“Kenapa ni Yaya?”
“Kak Az tahu tak berapa lama Yaya ketuk pintu bilik Kak Az? 15 minit! Nasib baik tak cacat tangan Yaya.”
Aku senyum. “Alah, baru 15 minit. Belum satu jam lagi.”
“Kak Az buat lawak ke? Tak lawak pun! Mama dengan papa panggil Kak Az turun.” Tanpa kata gurauan seperti biasa, Yaya berlalu tanpa senyum.
Alamak! Merajuk pulak Si Yaya ni. Aku masuk ke dalam bilik kembali untuk menyarung tudung. Tidak mahu membuat Pak Su dan Mak Su menunggu lebih lama.
Senyuman manis aku lemparkan pada Pak Su dan Mak Su yang duduk bersantai diruang tamu. Yaya pula begitu khusyuk menonton televisyen. Boikotlah
tu! Aku melabuhkan punggung di atas sofa bertentangan Mak Su dan Pak Su setelah memberisalam.
“Az dah makan?” Tanya Mak Su dengan senyum simpul.
“Dah Mak Su. Az makan kat kafe tadi.”
Kulihat Mak Su memandang Pak Su disisinya. Pak Su turut memandang Mak Su. Bagai ada sesuatu yang suakr untuk diluahkan. Aku sabar menanti.
“Errr…Az, Pak Su anggap Az macam anak Pak Su sendiri. Sama macam Yaya.” Luah Pak Su lambat-lambat. Kenapa Pak Su kelihatan teragak-agak?
Biasanya Pak Su lantang dan tegas dalam berbicara. Apa yang ingin disampaikan oleh Pak Su ni? Aku tertanya-tanya.
“Pak Su sayang Az macam Pak Su sayang Yaya. Pak Su nak tengok Az berjaya, ada kehidupan yang baik. Sekurang-kurangnya bila Pak Su dan Mak Su
tak ada, Az mampu untuk terus hidup, jaga Yaya.” Pak Su berjeda lagi. Kali ini lebih lama masa yang diambil untuk menyusun patah katanya. Aku tetap sabar menanti. Dalam masa yang sama, aku cuba mengumpul kekuatan fizikal dan mental untuk bersedia apa pun jua yang bakal diluahkan oleh Pak Su.
“Sebenarnya dua hari lepas, ada orang dating merisik Az sekaligus menghantar rombongan meminang Az.pak Su pun tak tahu pasal ni. Atau Az ada
sesuatu nak bagitau kami?” kening Pak Su terangkat meminta penjelasan.
Aku tergamam hanya mampu menelan liur. Kesat! Merisik? Meminang? Aku? Bukan Yaya? Errr…
“Pihak lelaki tu bukan kawan Az?” Mak Su yang lama membisu, memecah kebisuan sementara. Laju aku menggeleng. Kanalan lelaki pun aku tiada.
Siapalah yang masuk meminang insan yang tak sempurna seperti aku ni?
Mak Su dan Pak Su saling berpandangan.
“kenapa Pak Su, Mak Su?” tanyaku resah dengan bahasa mata pasangan di hadapanku.
“Errr..lelaki tu cakap dia kenal Az. Kawan lama Az. Sejak sekolah lagi.”
Bibir kuketap perlahan. Kening bertaut. Cuba memikirkan gerangan siapakah yang telah merisik diriku. Tidak lain tidak bukan, hanya wajah tampan Tuah mengaburi ruang mata. Adakah Tuah?
“Nama dia Zaril Hasnizam.” Mak Su memecah kebuntuan membuatkan bayangan Tuah terus lenyap. Zaril Hasnizam? Siapa?
Seingatku tiada seorangpun temanku bernama Zaril Hasnizam. Mak Su menghulurkan sekeping foto kepadaku. Aku menyambut dengan tangan yang menggeletar. Kuamati wajah
bersih lelakisegak bersongkok itu. Bagaikan pernah kulihat tetapi lupa siapa dia.
“Apa keputusan Az?” Tanya Pak Su tenang.
Aku mengangkat wajah menetang pandangan keduanya. “Apa pandangan Mak Su dan Pak Su?”
Kalau ikutkan Mak Su, memang tak ada halangan. Orangnya baik dan sopan. Hormat orang tua. Kalau Mak Su tengok muka dia ni, rasa tenang aja. Kan bang?” Mak Su menyiku lengan Pak Su.
“Eh, yang awak lebih-lebih ni kenapa?” Pak Su memandang Mak Su dengan mata yang bulat. Aku tertawa melihat keletah mereka berdua.
“Bagi Pak Su pun tak ada masalah. Pak Su tengok budak Zaril ni memang baik, sesuai dengan Az.”
Aku memejam mata seketika. Kalau ini yang ditentukan oleh Allah untukku…aku mengucapkan lafaz basmallah. “Az serahkan keputusan pada Mak Su dan Pak Su. Kalau Mak Su dan Pak Su fikir ini yang terbaik, maka terbaiklah untuk Az.”
“Alhamdulillah…tahniah Az…” Mak Su mengaminkan telapak tangan ke mukanya. Pak Su mengukir senyuman manakala Yaya sudah bertepuk tangan. Eh,
dah tak merajuk ke?
Mak Su menghampiriku. Kucupan kasih dilayangkan pada ubun-ubunku. Jemarinya mencapai tangan kiriku. Aku kaget apabila Mak Su menyarungkan
sebentuk cincin platinum dihiasisebutir permata pada jari manisku. Kini, kucupan hangat singgah di kedua-dua pipiku. “Sekarang Az dah jadi tunang orang. Jaga kelakuan tu. Cukup dua bulan terus kahwin.”
Aku ternganga. “Dua bulan? Cepatnya Mak Su!”
Mak Su mengerutkan dahi. “Kenapa nak lambatkan perkara baik sayang?”
Aku mengetap bibir.
“Tahniah, kak! Selamat bertunang Kak Az!” beria-ia benar Yaya memelukku.

PELANGGAN yang ramai membuatkan Saiful dan Syila tidak menang tangan. Jika hujung minggu seperti ini, memang ramai pengunjung yang datang ke kafe. Alhamdulillah, rezeki pemberian Allah. Aku setia menanti di kaunter pembayaran.
“Assalamualaikum Az…” aku mengangkat wajah sambil menjawab salam. Di hadapanku berdiri seorang wanita anggun berjubah dan berjilbab labuh.
Wajahnya manis dengan senyuman menghiasi bibir. Lama aku mengamati wajahnya. Sungguh aku lupa! Aku tidak mengingatinya.
“Inisayalah Az. Nur Najwa bt Najmi.” Ujarnya lembut. Dia tertawa kecil.
“Maaf?” sungguh aku lupa. Muka orang pun susah nak ingat apatah lagi nak ingat muka orang.
Wanita itu tertawa lagi. Siap menggeleng-gelengkan kepalanya. “Saya Najwa. Budak kelab BaRe?”
“Astaghfirullah…Najwa!” aku segera bangun memeluk tubuh kecil molek Najwa. Dia membalas pelukanku.
Senyuman merekah di bibir nipis Najwa apabila aku meletakkan minuman dan kek di atas meja. Ucapan terima kasihnya kubalas dengan anggukan. Aku melabuhkan duduk bertentangan dengannya.
“Alhamdulillah, Az dah banyak berubah.” Komen Najwa. Aku tersenyum malu.
“Az lebih cantik bila bertudung macam ni.”
“Eh, tak adalah. Az biasa-biasa aja. Najwa tu apa kurangnya.”
Najwa tertawa halus. “Hmmm…Az pergi tak reunion BaRe tu?”
Aku memandang Najwa dengan senyuman. “Tak tahu lagi. Najwa pergi ke?”
“Insya Allah. Jomlah kita pergi. Az pergi dengan Najwa ya?”
Aku termangu.

PENUTUP kotak berwarna ungu kubuka perlahan. Beberapa keping nota kecil berwarna ungu kubaca satu persatu.
Please never skip a prayer. There’s millions in their graves wishing to come back to life to prostrate to Allah one more time.
p/s:sembahyang tu tiang agama…
-TZH-
Ini merupakan nota kedua yang kuperoleh selepas pulang dari Kem Jati DiriBaRe. Nota berunsur nasihat dari Tuah. Tak lama selepas itu, nota ketiga pula menyusul.
Kekayaan bukanlah suatu dosa dan kecantikan bukanlah suatu kesalahan. Oleh itu, jika anda memilikki keduanya, janganlah anda lupa pada yang maha berkuasa.
-TZH-
Segala sesuatu ditentukan oleh niatnya, jika niat kita baik, hidup kita akan baik, mungkin tak segera tetapi pasti…
-TZH-
Ini pula nota terakhir yang aku terima sebelum menamatkan zaman persekolahan. Tuah memang gemar mengutuskan nota-nota kecil yang mampu menghadirkan perasaan aneh dalam diri. Perasaan yang terlalu sulit untuk kuluah dan ceritakan. Air hangat bertakung di kolam mata apabila aku membaca nota yang seterusnya.
Pesan pada diri, tabahkanlah hati kuatkan semangat…
Pesan pada hati, kukuhkan iman banyakkan zikrullah…
Pesan pada naluri, jangan mengeluh jangan kecewa…
Teruskan perjuangan hingga ke akhirnya…
-TZH-
Nota ini hadir seminggu setelah aku kehilangan ibu dan abah akibat kemalangan jalan raya. Sedih? Tak usah cakaplah! Sedikit sebanyak nota yang dikirimkan oleh Tuah ini menyuntik semangat untuk bangkit kembali. Alhamdulillah, darisitu aku mula menjumpaisatu cahaya yang membawa aku kembali ke pangkal jalan. Rasa terharu singgah di hati apabila kubaca nota seterusnya.
I asked Allah to bless you, as I prayed for you today, to guide you and protect you, as you go along your way…
-TZH-
Cincin platinum yang tersarung pada jari manis tangan kiri kubelek penuh minat. Adakah Zaril ini yang Allah hantarkan untukku? Adakah Zaril nama yang dituliskan untuk menjadi pasanganku? Jika ya, kau dekatkanlah hatiku pada hatinya. Campakkanlah rasa kasihku untuknya di dalam hatiku. Amin.
Bayangan Tuah muncul di benak mematikan pergerakkan jemariku. Apakah maksud Tuah menitipkan nota-nota ringkas dan padat ini padaku?
Bait katanya begitu bermakna untuk dihayati. Dia mengetahuisegala yang terjadi kepadaku. Malah, aku berpindah dari Pahang ke Kuala Lumpur pun dia tahu.
Padahal hubunganku terputus dengan kawan-kawan sebaik sahaja aku meninggalkan alam persekolahan termasuklah dengan Umi dan Aida. Teruk?
Memang! Masing-masing menghilangkan diri tanpa bertukar-tukar berita. Tetapi, Tuah tetap rajin mengutuskan notanya kepadaku. Perlahan-lahan mampir rasa terharu di dalam hati. Adakah Tuah menyimpan perasaan terhadapku seperti mana yang diberitahu oleh Umi dan Aida dahulu?
Astaghfirullah…aku segera beristighfar apabila teringatkan status diri kini telah menjadi tunangan orang. Tunangan siapa? Zaril? Hemmm…lelaki yang tidak pernah kukenali. Namun aku tetap redha dengan takdir yang telah tertulis untukku. Insya ALLAH…
“JAUH termenung Az!”
Sapaan Najwa menerbangkan segala perkara yang membelenggu kepala. Cepat-cepat aku mengukir senyum untuk menutup kealpaan. Malu pula apabila ditangkap dalam keadaan sedang termenung jauh. “Eh, mana ada Najwa. Az tengok pemandangan Bandar Kuantan ni. Cantik! Banyak benda dah berubah.”
Najwa yang berada sebelah tempat pemandu ketawa perlahan. Entah apa yang menggeletek hatinya. Kami berada di dalam perjalanan ke rumah ibu bapa Najwa sebelum berangkat ke sekolah menengah kami dahulu. Kupandang Tengku Raziq, suami Najwa yang menumpukan perhatiannya pada pemanduan.
Orangnya boleh tahan sesuai dengan Najwa. Sudah hampir lima tahun mereka mendirikan rumah tangga. Mereka berkahwin atas pilihan keluarga.
Alhamdulillah, perkahwinan mereka bahagia dan dikurniakan seorang puteri comel yang diberi nama Tengku Nadira Raziqah bt Tengku Raziq. Mengingati kisah mereka, menghadirkan satu persoalan di dalam kotak hati. Adakah nanti aku bahagia dengan Zaril?
“Az teringatkan tunang tersayang kot. Kenapa tak ajak dia sekali?” Tengku mengusik. Aku senyum Cuma. Nak ajak Zaril. Jumpa pun tidak pernah.
“Errr…Najwa kenal tak siapa Zaril?” Aku melontar soalan. Zaril ada mendakwa bahawa dia merupakan temanku disekolah. Namun aku tidak mengenalinya. Seingatku, nama teman-teman sekelas tiada yang bernama Zaril.
Tengku Raziq dan Najwa saling berpandangan. “Emmm…tak silap Najwa tak ada pulak yang nama Zaril tapi…” Najwa berjeda cuba bermain teka-teki denganku.
“Tapi?” Laju aku bertanya. Teruja ingin menyelidik perihal tunang sendiri.
“Sepupu Najwa ada yang nama Zaril.” Ujar Najwa sambil tergelak manja.
Aku menggelengkan kepala. Sabar ajalah dengan Najwa ni. Orang serius dia boleh main-main pulak. Huhuhu…
“Amboi sayang! Pandai kenakan Az ya?” Tengku Raziq mengerling sekilas ke arah isteri kesayangannya. Kemudian dia ketawa mengekeh.
“Dulu Najwa fikir yang Az dengan Tuah tu couple. Korang rapat sangat. Tuah pun terlalu ambik berat pasal Az.”
Demi mendengar bicara Najwa, aku tertunduk malu. Malu teringatkan ‘zaman jahiliahku’. Dahulu pergaulanku tidak dijaga begitu juga dengan butir bicaraku. Bertepuk tampar dengan lelaki tanpa rasa malu. Sungguh aku malu mengingatkan zaman itu.
“Tak adalah Najwa, kami ni teman biasa aja. Teman tapi mesra. Az pun dah lama tak jumpa Tuah.” Aku memberitahu perihalsebenar. Tidak mahu Najwa terus salah faham padaku.
“Yang Najwa tahu, Tuah sambung belajar kat London lepas habis SPM.”
Otakku cuba mencerna maksud kata-kata Najwa namun terbantut saat Tengku Raziq membelokkan keretanya ke dalam halaman sebuah bangle mewah dua tingkat. Anak mataku memerhatikan persekitaran bangle tersebut. Segalanya serba mewah.Tengku Raziq mencempung Tengku Nadira Raziqah yang terlena di pangkuan Najwa. Serentak mereka keluar dari kereta menuju ke arah pasangan separuh abad yang menanti mereka di hadapan pintu utama. Cepat-cepat aku mencapai tas tangan, keluar dari kereta Tengku Raziq apabila Najwa menggamit. Aku menyalami kedua ibu bapa Najwa dengan penuh hormat.
“Welcome to our family.” Ujar Najwa dengan senyum simpulnya.
Aku terlongo apabila Najwa memperkenalkan ibubapanya sebagai Tengku Najmi dan Tengku Murni. Tidak kusangka mereka ini keturunan darah diraja dan Najwa?
“Tengku Nur Najwa?” Aku memandang Najwa dengan mata buntang.
Najwa mengangguk perlahan sambil mempamerkan senyumannya. “Pangkat tak bawa apa-apa Az…
Aku mengangguk faham.
“Eh, kenapa berdiri kat sini? Jomlah kita masuk. Mari Az. Keluarga Mak Long ada kat dalam.” Tengku Murni memeluk bahuku mesra. Aku hanya menurut.
“Keluarga Mak Long ada? Amboi, tak sabar-sabar betul Mak Long ni!” Tengku Najwa bersuara mengundang tawa semua. Aku yang tidak mengerti hanya tersenyum sahaja.

USAI menunaikan solat maghrib berjemaah dengan kelurga Najwa, aku kembali ke bilik Tengku Nadya untuk menyiapkan dirisebelum berangkat ke sekolah lama kami. Aku mengenakan gaun labuh berwarna ungu dan tudung rona serupa. Muka pula hanya disolek nipis. Tidak mahu berlama di hadapan meja solek adik Tengku Najwa, aku segera melangkah ke ruang tamu di mana keluarga sedang berkumpul.
Tengku Raziq sedang bermain dengan Tengku Nadira Raziqah. Tiada bayangan Najwa disitu. Keluarga yang lain ralit menonton televisyen.
“Mana Najwa?” Ringan mulutku bertanya kepada Tengku Murni. Perbualan Tengku Murni dan kakak iparnya, Tengku Sarimah terhenti. Pandangan mereka terarah padaku.
“Tengah bersiap. Cantiknya Az!” Tengku Murni menarik lembut tanganku menghampirinya. Aku senyum malu. Segan yang amat apabila ahli keluarga yang lain turut memandang.
“Sari, tak berminat ke nak sunting Az ni jadi menantu?” Tengku Murni menepuk perlahan paha Tengku Sarimah. Belum sempat dia menjawab, Najwa muncul tiba-tiba menyampuk.
“Ma, tunang orang tu…”
Tengku Murni terkejut. “Ops, lupa pulak.” Kemudian dia tertawa pula.
“Jom Az, kita dah lewat ni.” Najwa memimpin Tengku Nadira Raziqah berjalan terkedek-kedek mendapatkan Tengku Raziq yang sudah berada di dalam kereta. Aku menyalami Tengku Murni dan Tengku Sarimah sebelum meminta diri.
“Ramai ke yang datang ni Najwa?”Tanyaku sebaik sahaja merapatkan pintu kereta. Tengku Raziq memulakan pemanduannya dengan cermat.
“Entahlah Az tapi Najwa dengar ramai jugak. Maklumlah dah lama tak jumpa dengan kawan-kawan ni.” Najwa menjawab sambil melayani keletah anak kesayangannya.
Kawan-kawan lama? Umi dan Aida? Bagaimana dengan mereka? Apa yang terjadi dengan sahabat-sahabatku itu? Sudah kahwinkah? Dengan siapa?
Rindunya aku pada mereka. Ingin sekali aku melihat telatah nakal mereka. Anak mataku memandang sebuah keluarga bahagia yang berada di hadapan mata. Dahulu kerana kejahilan diri aku membenci Nur Najwa dan Sabariah. Mengumpat dan mengutuk mereka yang menutup litup aurat mereka.
Merasakan diri bagus dengan memperlekehkan orang-orang yang mengikut perintah Allah. Sedangkan aku pula dengan bangga dan megahnya melakukan perbuatan yang mengundang dosa.
Mujurlah kini aku tersedar. Bangkit keluar dari lembah dosa yang mengheret aku ke neraka. Perlahan-lahan nota-nota kecil yang diutuskan Tuah menyentuh dan meninggalkan kesan di dalam dasar hati. Ditambah pula dengan peristiwa pahit yang meragut kebahagiaanku. Pemergian arwah ayah dan ibu yang amat kusayangi telah menyedarkan aku tentang hakikat hidup ini bukan abadi. Setiap yang hidup pasti akan mati. Aku juga akan menyusul tetapi tidak tahu bila. Dan jika mati, apa yang akan aku bawa nanti? Oleh sebab itulah, aku nekad untuk kembali ke pangkal jalan. Mempersiapkan diri dengan ilmu dan amal untuk menghadap Allah kelak.
Adik kepada ibu, Pak Su dan Mak Su bertanggungjawab untuk menjagaku setelah ketiadaan ibubapa. Mereka membawaku pindah darirumah lamaku di Pahang ke Kuala Lumpur. Mereka mendidikku sama seperti mereka mendidik Yaya. Mereka membelaku dengan ilmu agama yang sempurna. Aku
bersyukur kerana Allah menganugerahkan mereka kepadaku. Indahnya hikmah yang aku peroleh atas pahitnya ujian yang diberikan kepadaku dahulu. Dan kini dia menghantar jodohku pula disaat aku sudah bersedia. Semoga Zaril ini merupakan manusia yang taat pada Allah. Jauh disudut hati aku berdoa agar
dia mampu menjadiImam hidupku. Biarlah berkahwin atas kehendak ibubapa saudaraku. Aku tahu mereka pasti menginginkan sesuatu yang terbaik untukku.
“Alhamdulillah, selamat sampai.”
Suara Najwa menyentak lamunanku. Aku memerhatikan keadaan sekeliling di mana kereta diberhentikan. Ini tapak perhimpunan pelajar. Subhanallah!
Setelah sekian lama aku meninggalkan sekolah ini, malam ini aku hadir lagi untuk bertemu dengan kawan-kawan perjuanganku dulu.
“Az, tak nak turun ke?” Najwa tertawa melihat aku tersentak. Dia menggelengkan kepala. Jam di tangan kukerling sekilas. Sudah pukul Sembilan. Aku meminta diri untuk menunaikan solat fardhu Isyak disurau. Najwa dan Tengku Raziq mendahului masuk ke dalam dewan utama. Aku menapak ke arah
surau yang terletak tidak jauh dari dewan. Suasana sekolah ini tetap sama macam dulu. Cantik. Kawasannya sentiasa dijaga.

Baru hendak melangkah ke halaman surau, tubuhku dirempuh oleh seseorang. Mujurlah tubuhku tidak sempat mencecah ke tanah apabila tangan insan itu memaut lenganku menghalangku daripada jatuh. Terima kasih tapi…aku memandang tangan yang masih memaut kejap lenganku. Kemudian pandangan
kutalakan pada wajah insan yang merempuh dan menyelamatkanku tadi. Lelaki itu kelihatan tergamam memandangku. Riaknya bagaikan sedang melihat hantu. Menentang bola matanya menghadirkan debaran aneh di hati. Terleka seketika aku membalas renungan matanya. Namun aku cepat tersedar. Situasi
seperti ini boleh menimbulkan syak wasangka orang dan mendatangkan dosa. Astaghfirullah…
“Terima kasih. Boleh tak lepaskan saya?” aku menundukkan pandangan. Tidak mahu terlalai memandang keindahan ciptaan Allah di hadapan mata. Aku menangkap suaranya beristighfar dan serentak itu pegangannya pada lenganku terlepas. Nasib baiklah berlapik.
“Maafkan saya…” ucapnya pendek. Aku membalas dengan anggukan. Aku segera meminta diri untuk menunaikan solat. Aku mengambil wuduk dan terus menghadap Ilahi. Usai mengaminkan doa aku melipat telekung dan meletakkannya ke tempat asal. Tudung kusarung kembali. Aku segera beredar ke
dewan utama. Sampai sahaja di pintu masuk, aku disambut oleh dua orang wanita yang manis tersenyum. Aku membalas juga.
“Selamat datang dan selamat menjamu selera.” Ujar mereka berdua seraya menyerahkan beg kertas bersaiz kecil kepadaku. Aku menyambut dengan senang hati. Masuk sahaja ke dalam dewan, anak mata melingas mencari Najwa dan suami. Mujurlah Najwa melambaikan tangannya. Jika tidak, memang
jenuhlah aku mencari mereka di dalam dewan yang cukup besar ini. Aku duduk bertentangan dengan Najwa sementara mata memerhatikan sekeliling.
Suasana gamat dengan suara anak-anak kecil menjerit. Ramai teman-teman yang sudah mendirikan rumah tangga. Bibirku menguntum senyuman kecil.
“Hello…” Aku segera berpaling pada empunya suara yang menyapa. Terkelip-kelip aku mengamati wajah lelaki yang berdiri di hadapan mata. Lelaki tampan itu menguntum senyuman mesra dan mengangguk.
“Yes, I know you even you’re totally different.” Lelaki itu merenung wajahku. Lambat-lambat aku menarik senyum. Sedaya usaha memerah otak cuba
mengingat wajah tampan itu. Perlahan-lahan wajah itu hadir dalam kotak memori. Senyumanku bertambah lebar.
“Tuah? Is that you? Tuah Zikri bin Halim? TZH?” aku teruja memandangnya. Kacak dengan jeans hitam dipadankan dengan kemeja hitam. Inilah dia lelaki dan sahabat yang membantuku kembali ke jalan Allah. Ingin sekali aku mengucapkan sejuta terima kasih kepadanya.
“Wait! Yes, I’m Tuah Zikri Halim but who’s TZH?” Tuah melabuhkan duduk rapat denganku menimbulkan rasa kecut dan tidak selesa memaksa aku menolak kerusi sedikit jauh darinya. Haram!
“Err..TZH? Tuah Zikri Halim?” ucapku gagap. Takut pula dengan renungan nakal darisepasang mata milik Tuah. Dahinya berlapis, tidak memahami maksud bicaraku.
“Whatever! By the way, you look so beautiful tonight but I think the old Az is most beauty than now.” Merah padam mukaku menahan malu. Pasti Tuah sedang membayangkan diriku yang dahulu, yang jahil tanpa ilmu agama. Yang mempamerkan hiasan pada tatapan umum. Sungguh, aku sedang menanggung malu yang bukan sedikit.
“I like to see your beautiful and sexy hair…” Gumam Tuah perlahan tetapi cukup untuk membuatkan jantungku luruh serta-merta. Dia menjeling manja.
Bulu romaku tegak. Seram melihat Tuah yang begitu berbeza dari dirinya yang dahulu. Aku memandang Najwa dan Tengku Raziq memohon bantuan. Air hangat bertakung di kolam mata. Takut dengan kelakuan Tuah dan takut pada Allah atas kesilapanku dulu.
“Tuah, please behave yourself. This’s not London okay?” Najwa bersuara keras. Merenung tajam ke arah Tuah. Tuah turut membalas.
“Encik Tuah, tolong jangan buat kecoh kat sini. Saya tak rasa yang Encik Tuah sanggup memalukan diri kat sini jika ditumbuk oleh saya.”Walaupun dalam lenggok bahasa yang lembut, Tengku Raziq member amaran keras pada Tuah. Tuah mendengus kasar menentang pandangan Tengku Raziq. Bimbang
menerpa jiwa. Takut berlaku pergaduhan yang akan merosakkan majlis.
“Hubby, what are you doing here? Come, get me some food please…” seorang wanita berambut pendek yang diperangkan menghampiri Tuah. Tanpa silu, wanita itu merangkul manja leher Tuah. Aku memandang perut wanita itu yang memboyot dibaluti gaun satin ketat berwarna krim. Pelbagai persoalan
datang mengetuk minda.
“I’m talking to ustaz and ustazah…come honey…” Tuah bingkas memeluk pinggang wanita yang sarat mengandung itu. Bibirnya sempat menghadiahkan senyuman sinis pada kami. Aku tertanya-tanya. Adakah mereka inisuami isteri?
“Tasya…” Ringan sahaja mulutku menyebut nama itu membuatkan langkah Tuah dan pasangannya terbantut. Tasya merenungku tajam.
“Azra Aryana?” Tasya bersuara setelah agak lama berdiam diri. Riak wajahnya nyata terkejut. Kemudian pandangannya dialihkan pada Tuah yang tenang bersahaja. Wajahnya yang putih melepak kini merah menahan marah. Belum sempat dia memuntahkan lahar kemarahannya, Tuah menarik tangan Tasya
keluar dari dewan. Aku hanya beristighfar. Apa yang telah terjadi pada Tuah? Kenapa perbezaannya terlalu ketara? Dan yang paling penting, kenapa Tuah tidak mengetahui tentang ‘TZH’? Bukankah ‘TZH’ itu singkatan namanya? Bukankah dia yang menitip nota-nota kecil yang comel itu? Bukankah dia yang
mengingatkan aku tentang agama dengan nota-nota itu? Kenapa dia tidak seperti yang aku bayangkan? Dia kini kelihatan seperti terlalu jauh menyimpang dari Islam. Sedangkan seingat aku, nota terakhir yang aku terima darinya ialah dua minggu lepas. Masih aku ingat dengan jelas bait katanya.

Ya ALLAH, sekiranya aku jatuh cinta, maka jatuhkanlah cintaku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk
mencintaiMu…
P/s: terima kasih…
-TZH-
Adakah dalam masa dua minggu ini, Tuah telah menyimpang dari pegangannya. Tidak mungkin! Hanya ada satu kemungkinan yang mungkin berlaku.
Bukan Tuah yang mengirimkan nota-nota tersebut tetapi orang lain. Orang lain? Siapa?
Lampu dewan dimatikan. Hanya lampu dipentas utama yang dibiarkan menyala. Kedudukan mejaku yang hampir dengan pentas memudahkan aku memerhatikan situasi yang berlaku di atas pentas. Seorang lelakisegak berjalan di atas menghampiri pembesar suara. Tepukan bergema sebaik sahaja
pemuda itu bersuara.
“Assalamualaikum dan selamat petang semua. Selamat datang ke majlis reunion Kelab BaktiRemaja 2006. Firstly, kita ucapkan jutaan terima kasih kepada ketua projek yang sanggup bersusah payah buat majlis ni. Yelah, bukan senang nak kumpulkan kita semua ni… terima kasih jugak pada hadirinhadirin yang sanggup datang walaupun dari jauh.”
Sekali lagi tepukan gemuruh bergema. Kali ini aku turut bertepuk tangan. Aku mengamati wajah pengerusi majlis. Benakku kuat mengatakan aku mengenali lelaki tersebut namun ingat-ingat lupa. Memang inilah kelemahanku. Sukar untuk mengingat muka orang apatah lagi nama orang.
“Kau makin handsome-lah Badrol!” jerit salah seorang hadirin. Nakal.
“Oh, memang aku tahu tu.” Badrol menjawab pantas. Kami tergelak melihat reaksi bersahaja Badrol. Badrol? Oh, inilah Badrol, pembantu merangkap
sahabat baik Ijam. Aku turut mengakui hakikat Badrol lebih tampan berbanding dahulu. Wajahnya cerah dan rambut pula sengaja dipacakkan.
“Aku rasa kita tak payahlah nak formalsangat kan? Santai-santai aja. Susahlah kalau asyik nak formal aja. Kat office formal, kat sini pun formal.” Badrol
membebel. Aku suka melihat gaya dan memek mukanya. Comel! Hehe…
“Az, jangan tenung sangat siBad tu. Ingatlah tunang tersayang…” Najwa menegur kelakuanku membuat aku tersipu malu. Pendangan kembali diarahkan pada Badrol.
“Sebelum tu, kita persilakan dahulu barisan ajk projek reunion kita ni masuk ke dalam dewan. Dah lama diorang kat luar tu. Saja aja nak bagi diorang berdiri kat luar tu lama sikit. Persilakan masuk.” Kami bertepuk sakan mendengar pengumuman Badrol. Ada juga yang membuat siulan-siulan nakal.
Pandangan kami beralih pula pada barisan yang diarak masuk ke dalam dewan dan mereka berlabuh duduk di meja hadapan yang sedang aku duduki.
Anak mataku tertumpu pada sesusuk tubuh yang duduk bertentangan denganku. Pakaiannya kemas biarpun agak santai dengan t-shirt Polo berwarna
merah dan jeans hitam. Lelaki tadi! Lelaki yang merempuhku ketika disurau tadi! Kuamati wajahnya. Wajahnya…dap! Aku tergamam apabila bola mata kami bertemu. Jantungku berdegup laju tiba-tiba. Terasa sepertisukar sekali untuk bernafas. Aku kalut sendiri. Dia menarik senyuman manis menyebabkan
jantungku bagai ingin tercabut keluar dari badan. Aduh!
Suara Tengku Nadira merengek memaksa aku melarikan pandangan daripada terus menentang pandangan pemuda di meja VVIP itu. Tengku Nadira merengek agar Najwa melepaskannya. Anak itu hanya akan duduk mendiamkan diri di atas pangkuan mama atau papanya apabila ada orang asing di
sekitarnya. Dengan aku sendiri dia tetap mengunci bicara. Timbul tanda tanya pula melihat Tengku Nadira tiba-tiba sahaja merengek minta dilepaskan.
“Lepaskan aja sayang. Kesian anak papa ni ya?” Tengku Raziq membelai kepala puteri tunggalnya. Najwa melepaskan anak mereka dari dakapannya membiarkan Tengku Nadira berjalan-jalan disekitarnya.
“Okay, kita teruskan majlis dengan ucapan dari ketua projek reunion ni. Dipersilakan Tengku Zaril Hasnizam untuk naik ke pentas. Untuk pengetahuan semua, Ijam ni bekas presiden kelab kita suatu ketika dulu. Ijam, cepatlah naik ke pentas ni. Lambatlah kau ni!” Bicara Badrol menarik perhatianku.
Pendengaranku lebih tertarik dengan perkataan ‘Zaril Hasnizam’ yang disebutnya. Pemuda yang duduk di meja VVIP bertentangan denganku tadi segera bingkas melangkah ke arah pentas utama. Namun langkahnya terhenti apabila Tengku Nadira memaut kakinya. Hadirin tertawa melihat adegan yang
berlaku. Mereka bertepuk tangan apabila Tengku Zaril mendukung Tengku Nadira naik ke pentas bersamanya.
Aku? Sudah pasti sedang kebingungan! Otakku ligat berputar mencarisegala perkaitan dengan apa yang terbentang di depan mata. Tengku Zaril Hasnizam? Ijam? Adakah lelaki itu Ijam, pengerusi Kelab BaRe yang tidak layak itu? Zaril Hasnizam? Tunanganku? Teman sekolahku? Diakah? TZH…
Tengku Zaril Hasnizam?!!!! Mataku membulat memandang lelaki yang berdiri disisiBadrol itu. Memang jelas dan nyata aku terkejut!!!
“Weh, Ijam! Bila masa kau kahwin hah?! Tahu-tahu anak dah besar!” jerit salah seorang hadirin. Suasana gamat seketika dengan tawa para hadirin
sedangkan hati aku sudah tidak keruan. Benarkah Tengku Zaril Hasnizam itu tunanganku??
Tengku Zaril menyembut pembesar suara yang dihulurkan Badrol. Dia tersenyum. “Hisy, aku tak kahwin lagilah tapi insya Allah dua bulan lagi. Sabar. Ni bukan anak aku tapi anak sepupu aku. Anak Tengku Nur Najwa.” Tengku Zaril menala pandangan pada Najwa. Aku buat-buat tidak tahu walaupun
dalam hati bagaikan ada taufan yang melanda. Aku memandang Najwa dan Tengku Raziq. Mengharapkan penjelasan yang boleh menghurai tanda tanya di dalam kepala. Mereka hanya tersenyum. Oh, inilah sepupu Najwa tu???
“Kau nak kahwin tak bagitau aku. Mana future wife kau? Nak tengok sikit.” Badrol memanjangkan leher cuba mencari bakal isteri Tengku Zaril. Tengku Zaril hanya tertawa. Amboi, senang hati? Aku ni? Macam orang bodoh aja!
Jantungku berhenti berdegup laju saat berbalas pandang dengan Tengku Zaril. Untuk beberapa saat, masing-masing bagai terpaku. Bagi menghilangkan gemuruh yang tiba-tiba hadir, aku mengalihkan pandangan ke arah lain. Boleh pengsan kat sini kalau aku terus membalas pandangannya.
“Dia ni pemalu. Nantilah aku kenalkan.” Tengku Zaril tertawa kecil.
“Mengadalah kau ni Ijam. Cepatlah bagi ucapan.” Badrol membebel.
Tengku Zaril senyum dan mengangguk. Dia memulakan ucapannya.

Aku tidak dapat menangkap butir bicara yang disampaikan kerana sibuk memerhatikan diri lelaki itu. Ternyata kulihat dia sangat berbeza dengan dirinya yang dulu. Wajahnya lebih cerah, lebih bersih dan tenang. Senyuman tidak lekang dari bibir. Dan apa yang pasti, wajahnya kulihat bagaikan berseri dan ada cahaya yang membuatkan anak amat tidak jemu untuk memandangnya. Aku segera melarikan pandangan apabila sedar dia menala anak mata padaku.
“Jemputlah datang ke majlis kahwin aku hujung bulan depan. Nanti aku poskan kad ke rumah masing-masing.” Usai mengucapkan itu, Tengku Zaril memimpin tangan Tengku Nadira menuruni pentas. Jantung berdegup pantas apabila Tengku Zaril menghampiri meja kami. Aku berpura-pura memandang
ke tempat lain biarpun sedar ada mata yang mencuri pandang.
“Para hadirin sekalian dijemput menjamu selera. Sementara kamisediakan persembahan halwa telinga korang semua dari band terkenal, Sixth Sense!”
tepukan gemuruh menyambut kata-kata Badrol. Kami mula menikmati makanan yang terhidang di atas meja.
“Dia dah lama suka Az. Az aja yang tak perasan. Masa tu dia asyik fikir yang Az couple dengan Tuah. Lepas habis sekolah dia ingat dia mampu lupakan Az tapi tak. Perasaan dia tetap sama pada Az. Sebelum Tuah berangkat ke London, Zaril ada jumpa dengan Tuah tanya fasal Az. Bila dia dapat tahu yang
korang tak ada apa-apa hubungan, dia mula mencari Az. Dia carirumah Az.” Aku memandang Najwa bila wanita itu bersuara tanpa diminta. Tika itu Tengku Raziq membawa Tengku Nadira berbual dengan Tengku Zaril di meja lain. Minda cuba mencerna makna yang cuba disampaikan oleh Najwa.
“Najwa kagum bila Zaril turut menanggung kesakitan yang sama bila Az dah tak ada ibu bapa. Dia nak sangat pergi jumpa Az, temankan Az tapi takut. Dia takut Az tak ditakdirkan untuknya. Dia takut kecewa. Dia tumpang gembira bila Az dah mampu teruskan hidup Az dengan baik di bawah jagaan ibu bapa
saudara Az. Sekurang-kurangnya Az tak hanyut dengan dunia yang palsu ni. Dia bangga bila Az berjaya capai cita-cita Az nak jadi pemilik sebuah kafe hasil titik peluh Az sendiri. Mak Long yang bagi dorongan pada Zarilsupaya hantar rombongan meminang Az. Dia tak nak tengok Zaril hanya memuja bayang. Alhamdulillah, niat murni Zaril diterima baik oleh Az. Zaril gembira sangat. Najwa pun gembira tengok Zaril sekarang. Dia dah banyak berubah.
Tak sangka pulak yang cinta mampu mengubah diri Zaril jadi lebih baik.” Aku terpempan mendengar cerita Najwa. Air hangat bertakung di kolam mata.
Bukan kerana sedih tetapi kerana terharu. Terharu dengan kesungguhan Tengku Zaril. Tidak sedar rupanya ada insan yang mengasihiku dalam diam.
“Zaril yang minta Najwa bawa Az datang sini. Dia bimbang Az drive sendiri. Takut jadi apa-apa pada Az. Yelah, orang sayangkan tunang…” Najwa meleretkan suaranya. Kemudian dia melepaskan tawa perlahan. Aku tersenyum malu. Dalam diam aku menghalakan pandangan pada Tengku Zaril, tunang
tidak sengajaku itu. Heheh… lelaki itu tenang sedang berbual dengan Tengku Raziq. Tanpa kuduga, hadir rasa syukur dengan kurniaan dari Allah. Memang aku tidak sangka dengan keindahan yang dibentangkan dalam kehidupanku ini. Benarlah, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya.
“Assalamualaikum dan selamat petang. Apa yang saya nak sampaikan ni, khas untuk tunang saya insya Allah akan jadi isteri yang sah dua bulan lagi. Harap sabar menanti saat tu.” Aku kaget melihat Tengku Zaril sudah berada di atas pentas utama dengan memegang pembesar suara. Aku tertunduk malu bila ada
teman-teman yang mengusik biarpun mereka tidak mengetahui siapakah gerangan tunangan Tengku Zaril.

“Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu. Jika kau hilangkan agama dalam dirimu, maka hilanglah cintaku padamu…TZH…” ucap Tengku Zaril
perlahan membuat seisi dewan terdiam. Menghayati kata-katanya barangkali. Aku pula mengetap bibir. Bunyi melodi perlahan yang tiba-tiba bergema menghanyutkan perasaanku.
Kupendamkan perasaan ini,
Kurahsiakan rasa hati ini,
Melindungi kasih yang berputik,
tersembunyi di dasar hati…
kupohonkan petunjuk Ilahi,
hadirkanlah insan yang sejati,
menemani kesepian ini,
mendamaikan sekeping hati…
oh Tuhanku,
berikanlah ketenangan abadi,
untukku menghadapi resahnya hati ini,
mendambakan kasih,
insan yang kusayang…
di hati ini hanya Tuhan yang tahu,
di hati ini aku rindu padamu,
tulus sanubari menantikan hadirmu,
hanyalah kau gadis pilihanku…
kerana batasan adat dan syariat,
menguji kekuatan keteguhan iman,
insan yang berkasih…
Usai menghabiskan lagunya, Tengku Zaril mengucapkan terima kasih. Sekali lagi tepukan gemuruh bergema di dalam dewan. aku pula hanya terkaku diterjah pelbagairasa.
AKU menghampirisebuah meja yang diduduki beberapa orang insan. Mereka galak ketawa tanpa menyedari kehadiranku. Aku menyentuh bahu salah seorang wanita yang sibuk melayani kerenah anak kecilnya.
“Aida?”
Mendengar namanya disebut, Aida segera berpusing memandangku. Dia tergamam seketika.
“Az? Azra Aryana?” aku mengangguk laju. Dia terjerit kecil. Sempat lagi dia menyerahkan anak kecil dalam pangkuan pada lelaki disebelahnya sebelum bertindak memelukku erat. Aku membalas dakapannya.
“Az, aku rindu kau!” Ujar Aida teruja. Dia mengajak aku duduk disebelahnya.
“Aku pun rindu kau Aida.” Memang dari tadi aku mencari-cari kelibatnya. Nasib baiklah Aida tidak terlalu jauh perubahannya. Jika tidak, sukarlah aku untuk mencarinya. Aku mencuri pandang pada lelakisegak disebelah Aida. Tenang sahaja lelaki itu melayani kerenah anak kecil diribaannya. Eh??
“CikguWafi?” Aku bersuara tanpa sedar. Riak wajah jelas terkejut. Kulihat Aida tersenyum penuh makna. CikguWafi memandangku.
“Eh, Azra! Bila kamu sampai ni? Tak perasan pulak.” CikguWafi menarik senyuman manis. Aku membalas seadanya. Aku menyiku lengan Aida meminta penjelasan.
“Ni lah orang kata jodoh.” Aida berbisik perlahan di telingaku. Aku mengangguk faham.
“Umi? Tak frust ke?” bukan aku tidak tahu dahulu mereka saling berebutkan guru muda itu. Bagaimana Umi boleh merelakan dengan senang hati?
“Umi sekarang dah ada kat Australia. Dia kahwin dengan orang sana. Dia sampaikan salam rindu pada kau.”
Aku menjawab salam dalam hati. Mengucap syukur tidak terhingga melihat kebahagiaan teman-teman. Dan aku mendoakan kebahagiaan mereka berkekalan.
“Kau pulak macam mana sekarang?” Aida bertanya soalan cepu emas. Belum sempat aku menjawab, perhatianku terganggu dengan kehadiran Tengku Zaril berjabat tangan, mesra dengan CikguWafi. Mereka saling bertanya khabar.
“Mana future wife kamu? Tak kan tak nak kenalkan pada cikgu?” tanya Cikgu Wafi membuatkan Tengku Zaril mengalihkan pandangan padaku. Dia bagaikan meminta kebenaran daripadaku. Aku hanya mengangguk dengan senyuman nipis.
“Perkenalkan bakal isterisaya cikgu, Azra Aryana.” Tengku Zaril menghalakan telunjuknya ke arahku. Aku hanya tersenyum bila mata CikguWafi dan Aida singgah di laman wajahku.

SEMAKIN merapati kamar tidur, jantungku bertambah laju degupannya. Helaan nafas juga tidak teratur. Sesak nafasku. Perlahan-lahan aku memulaskan tombol pintu setelah mengucapkan lafaz basmallah. Daun pintu kutolak lambat-lambat. Apabila pasti dan yakin Tengku Zaril tiada di dalam bilik itu, aku melangkah masuk mencapai tuala menuju ke bilik mandi. Jam sudah menunjukkan ke angka 11 malam tetapi aku belum menunaikan solat fardu Isyak.
Cepat-cepat aku membersihkan diri dan mengambil wuduk. Bimbang Tengku Zaril merangkap suamiku itu memasuki bilikku yang bakal dikongsi dengannya.
Keluar dari bilik mandi, aku menghampiri wardrobe. Pakaian diambil lalu dibawa ke bilik mandi semula. Usai lengkap berpakaian, aku melangkah keluar bersiap sedia untuk menunaikan solat. Aku terpempan saat mataku menangkap sesusuk tubuh di balkoni sedang merenungku dengan pandangan yang sukar
ditafsir. Spontan kurasa darah panas menyerbu ke muka. Malunya!
Dengan tangan terketar-ketar, aku membentangkan sejadah menghadap kiblat. Aku cuba menayang muka kayu apabila menyedari Tengku Zaril bergerak masuk dari ruang balkoni meskipun di dalam dada bukan main hebat lagi getarannya. Malu bercampur takut.
“Abang tunggu Az…nak solat jemaah.” Lembut suara Tengku Zaril menyapa gegendang telinga. Aku menala pandangan pada wajah bersih dan tenang milik lelaki yang sudah bergelar suamiku baru beberapa jam yang lepas. Terbit rasa terharu dari dalam hati. Dia sanggup menungguku semata-mata ingin menunaikan solat jemaah. Bibir mengukir segaris senyuman. Aku membentangkan sejadah lain untuknya. Anggukan diberikan sebagai balasan ucapan terima kasihnya. Untuk pertama kali, Tengku Zaril Hasnizam mengimamkan Azra Aryana. Bacaannya begitu syahdu menusuk ke dasar hati, menghantar rasa insaf.
Usai mengaminkan doa, Tengku Zaril berpusing manghadapku. Aku menyambut huluran tangannya lalu dicium penuh hormat. Saat itu ada satu perasaan halus yang mendamaikan bertapak di laman jiwa. Tangannya menyentuh lembut kepalaku. Aku mengangkat wajah. Tangan kanannya menyentuh lembut
daguku sebelum dia menghadiahkan kucupan kasih di kedua-dua pipiku. Agak lama kucupan hangatnya singgah di dahiku. Hatiku tenang dengan sentuhannya.
“Azra Aryana, terima kasih kerana menerima abang sebagai suami. Mulai dari hari ini abang akan jadi imam kepada Az di dunia dan akhirat. Insya Allah.
Abang harap Az sudi bergandingan dengan abang yang serba kekurangan ni untuk mempertahankan ikatan perkahwinan kita ni. Abang akan jaga Az selagi abang diberi peluang bernafas sebab Az merupakan tulang rusuk abang yang hilang tu dan Az juga amanah dari Allah untuk abang.” Ujar Tengku Zaril
sambil menggenggam tanganku erat. Aku bagaikan dapat merasakan kasih sayang mengalir dari sentuhan hangatnya.
Nafas panjang dihela perlahan. “Errr…abang…Az ikhlas terima abang sebagai suami Az. Az redha dengan jodoh yang Allah tuliskan untuk Az. Cuma satu yang Az minta dari abang, pimpinlah Az ke syurga bersama abang.”
Senyuman manis terukir di bibir Tengku Zaril. “Tapi Az, kenapa ada errr? Tak pasti?”
Aku menggigit bibir memandang wajah nakal Tengku Zaril. Dia kelihatan segak dengan songkok di kepalanya. Melihat lelaki itu ingin bermain tarik tali aku segera bangun membuka telekung lalu diletakkan di atas penyidai. Niat hendak melangkah ke meja solek terhenti apabila terasa ada tangan membelai lembut rambutku. Jantungku kembali berdegup kencang.
“Cantik! Rambut Az tetap cantik macam dulu.” Perlahan sahaja suara Tengku Zaril. Senyuman mekar dibibirnya apabila aku berpusing memandangnya dengan dahi yang berkerut.
“Abang suka Az bila pertama kali abang pandang Az. Abang jatuh sayang pada Az bila pertama kali Az jeling abang. Abang jatuh cinta pada Az bila pertama kali abang cium rambut Az. Tapi masa tu Tuah sangat bertuah sebab dapat pegang Az. Masa tu abang cemburu sangat tapi abang tak mampu nak
buat apa-apa. Hanya nasihat yang mampu abang titipkan pada Az supaya Az jaga diri Az.” Luah Tengku Zaril lembut sambil anak matanya tepat menujah anak mataku. Tangan kanannya mengusap pipiku. Aku mengunci bicara membalas renungan matanya. Hanya mata berbicara.
“Abang…” panggilku seraya menyentuh lengannya.
“Hmmm…”
“Az sayangkan abang, cintakan abang kerana Allah.” Dalam diam aku memasang tekad di dalam hati. Aku akan memupuk perasaan cinta untuk suamiku seutuhnya tidak melebihi cintaku pada Ilahi.
Tengku Zaril masih setia merenungku tetapi kali ini sepasang matanya berkaca. Dengan nada perlahan dia mengucapkan tahmid berulang kali. Aku bergerak ke meja solek, mengambil sekeping kertas kecil berwarna biru lalu menuliskan sesuatu. Aku kembali menghampiri Tengku Zaril yang setia menanti. Aku menghulurkan kertas kecil itu padanya.
Semoga Az dikurniakan suami soleh yang boleh membimbing Az dunia dan akhirat…
-AA-
Tengku Zaril tertawa perlahan membaca bait nota kecil dariku. Tanpa sempat aku berbuat apa-apa, Tengku Zaril menarik tubuhku ke dalam dakapannya.
Aku tergamam namun lambat-lambat aku membalas rangkulannya.
“Abang pun sayangkan Az…kerana Allah.”
Aku tersenyum mendengar ucapannya. Rasa syukur kupanjatkan pada Ilahi. Aku terima takdirMu dengan ikhlas jika benarlah dia jodohku.


# thank you for reading :) suka baca cerpen ni. mudah-mudahan kita juga di kurniakan pasangan yang soleh & solehah, yang mampu membimbing kita ke syurga. insyaALLAH.. Syurga Allah yang kita inginkan :D