![]() |
:: Segala yang HARAM itu menggoda tapi yang HALAL itu menenangkan :: |
Dari bakal imam..
Ketika umur menjangkau-2... Saya mula berfikir untuk mencari teman hidup, suri hati, permaisuri jiwa, dan saya akan bisik padanya "Awak buat saya sejuk mata memandang, damai dalam hati, kalau merajuk, marah dan sedih, izinkan saya ada untuk buat awak senyum semula."Usia begini cabaran nafsu begitu kuat, sebab itu perkara ini saya fikirkan.. Bukan tidak memikirkan hal yang lain, namun untuk membina keluarga perlu untuk fikirkan dari sekarang adakah diri ini layak menjadi suami dan ayah yang terbaik, siapa wanita yang bakal menjadi isteri dan ibu anak-anak kita, yang akan kita hidup bersama bukan sehari atau seminggu, tetapi separuh hayat kita di dunia ini dan kelak di akhirat, insyaALLAH.
Saya pun pesan pada hati sendiri :
1. Saya senang melihat dirinya, maka janganlah lagi sibuk melihat wanita-wanita lainnya.
2. Saya akan jaga dia, maka hendaklah saya menjaga diri sendiri selayaknya untuk dia.
3. Saya ada impian bersama dia, maka hendaklah saya mula berusaha ke arah pernikahan nyata bukan angan-angan sahaja.
4. Saya ingin ada anak-anak ramai, bijak, comel dengannya, maka hendaklah saya menjaga kesihatan rohani, jasmani, emosi dan minda dengan menjauhkan hal yang melemahkan semua itu.
5. Saya cuma lelaki biasa, ada cinta yang mendalam untuk diberi, ada iman untuk dipupuk bersama, ada perasaan untuk dibenih berdua.. Jika terima diri ini, terimalah kerana imanku, kerana aku setiap hari sentiasa cuba mempertahankan dan meningkatkannya.
Untuk diri kamu,
(mungkin untuk dapatkan diri kamu jalannya sukar, panjang, dan lama.. tapi saya tak akan berhenti)