I was just a ǤƖЯ˩ . Islam made me a MUSLIMAH . It gave me all LIBERTY and raised me in DIGNITY. Alhamdulillah . . What a unique Ɩ Ɖ Є И Ƭ Ɩ Ƭ Ƴ .
Wednesday, 24 October 2012
InsyaAllah . .
Jadikan aku tabah seperti Ummu Khadijah sehingga dirinya digelar afifah solehah. Dialah wanita pertama tiada ragu mengucap syahadah. Pengorbanan bersama Rasulluah. Susah senang bersama walau hilang harta kerana berdakwah. Walau dipulau 3 tahun 3 bulan, imannya sedikit pun tidak berubah. Mampukah aku setabah dirinya ? Andai diuji sedikit sudah rebah. Baru dihina sudah mengalah.Ya Allah, tabahkan aku sepertinya.
Jadikan aku semulia Fatimah Az Zahrah. Betapa tinggi kasih sayangnya pada ayahandanya. Tidak pernah putus asa pada perjuangan dakwah Baginda. Anak yang semulia peribadi Baginda. Tangannyalah yang membersihkan luka dan tangannyalah yang membersihkan cela pada jasad Rasulluah tercinta. Gagahnya dirinya pada dugaan. Mampukah aku sekuat Fatimah ? Saat diri terluka, dendam pula menyapa. Saat disakiti, maki pula mengganti. Ya Rabbi, teguhkan hatiku sepertinya.
Jadikan aku sehebat Masyitah dan Sumaiyyah, tukang sisir yang beriman dan keluarga Yasir yang bertaqwa. Sungguh kesabaran mereka mengoncang dunia. Iman tetap terpelihara walau nyawa menjadi taruhan. Mampukah sabarku seperti mereka ? Tatkala digoda nafsu dunia, entah mana hilangnya iman di dada.
Jadikan aku semulia Ummu Sulaim. Perkahwinannya dengan Abu Talhah atas mahar iman. Mampukah aku menatap cinta itu ? Sedangkan rupa yang menjadi pilihan. Ketulusan iman diketepikan. Ya Allah, ilhamkan aku pada cinta sepertinya.
Jadikan aku sehebat Aisyah Humairah, isteri termuda Rasulluah. Biar dilempar fitnah, dia tetap teguh pada ketetapan-Nya. Isteri sejati yang memangku Nabi pada saat terakhir Baginda. Hadis dan Sunnah Rasulluah dipertahankan. Betapa hatimu seorang mujahidah. Ya Allah, mampukah aku contohi dirinya ? Pada fitnah yang melanda, diri mula goyah dan putus asa. Teguhkan imanku sepertinya, Ya Rahim.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment