Saturday, 29 December 2012

Fa'iza 'azamta fatawakkal'alallah


Assalamualaikum :)

haaaaa ! tak lama lagi dah nak masuk tahun 2013 kan ? dah pasang azam ke belum ?
bagi yang belum, cepat-cepatlah pasang. masa berlalu dengan pantas ! 

TITIPAN UNTUK KALIAN 

Selagi masih hidup ,
yang baik boleh jadi jahat ,
yang jahat masih ada peluang untuk jadi baik ,
maka janganlah yang baik itu merasa takbur dengan kebaikannya ,
hingga menghina mereka yang masih berlumuran dosa ,
dan janganlah yang melakukan dosa itu kecewa ,
hingga tidak mahu lagi berusaha menjadi hamba yang baik kepadanya .

yang baik usahalah kekalkan kebaikan & tingkatkan lagi ,
yang berlumuran dosa jangan berhenti berusaha mencuci diri ,
sesungguhnya , 
harapan itu selalu ada selagi belum mati .
insyaALLAH :)


TATAPAN BUAT SAHABAT TERCINTA

Salam ukhwah fillah :)

hujung tahun kita jumpa , awal tahun kita berpisah .
hmmmmp !
aku redha :)
kerana itu lumrah kehidupan .
di setiap pertemuan pasti ada perpisahan .
sungguh ,
aku bersyukur mempunyai sahabat sepertimu .
walaupun kita berpisah beribu batu ,
namun ketahuilah ,
aku tetap di sini .
tetap utuh .
walaupun masa sentiasa berputar & terus beredar .

*sobsobsob*

semoga di awal tahun ini ,
kita sama-sama muhasabah diri untuk menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya .

"menjadi seorang manusia itu lebih mudah dari menjadi seorang insan"

aku hanya mampu berdoa agar hubungan kita kekal selamanya .
Ukhuwwah Fillah Abadan Abada :)
dan semoga kita sama-sama berjaya dalam bidang yang kita ceburi masing-masing .
sekiranya engkau tersungkur ,
BANGKITLAH ! BANGKITLAH !
sungguh jalan Allah itu luas ,
Allah tidak akan menguji seseorang hambanya melebihi dari kemampuannya .
percayalah ,
di setiap ujian & dugaan yang mendatang itu ,
pasti ada jalan penyelesaiannya .
insyaALLAH , kita berjaya .
tetapi , 
andai masih tidak mampu juga untuk bangkit ,
Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri .
maka Allah telah menetapkan untukmu 
LEBIH BAIK
daripada apa yang engkau kehendaki .
kuatkan AZAM di hati ,
sertailah dengan tawakal .
pasti berjaya !
Bitaufiq wannajah . 

:: Allah is the best of planner ::


Jazakallahu khairan kathira ,
 Ilalliqa' :)

No comments:

Post a Comment