Saturday, 16 February 2013

| La Tahzan |



La Tahzan

بسم الله الرحمن الرحيم

DIA MAHA MENGETAHUI

apa yang ada di setiap inci hati kamu.
apa yang kamu rancangkan.
percaya pada DIA
merancang itu tidak salah
tapi perancangan
 kita tidak sehabat DIA.

Kenapa DIA ambil beliau terlalu awal ?
kerana DIA sayang beliau.DIA tahu yang kami selalu sering gagal dan senantiasa menyakiti hati beliau dan mungkin kami akan mengabaikan beliau bila beliau tua nanti.DIA tahu yang aku terlalu bergantung pada beliau.DIA mahu aku tahu erti berdikari di mana aku perlu berdiri di atas kaki sendiri.aku tau aku mampu Cuma kau perlukan sedikit masa lagi untuk bangun.

Kenapa aku tak secantik wanita lain ?
Kerana DIA tahu aku akan riak.manusia itu selalu ingin mengetengahkan diri mereka tidak kira cantik atau tidak.bila cantik riak itu mudah datang sedangkan wanita yang tidak cantik juga mahu menonjolkan diri mereka ini kan pula yang cantik.cukup aku cantik hanya pada yang benar-benar berhak satu hari nanti.

Kenapa aku gemuk ?
Kerana DIA tahu apa yang aku akan jadi bila aku kurus.riak itu sudah pastinya.pujian pasti banyak di lemparkan jadi cukup aku kurus di mata mereka yang benar-benar berhak satu hari nanti.kurus membuatkan orang suka kita tidak seikhlas mereka.biar diuji pada awalnya.

Kenapa aku selalu diuii ?
Kerana DIA menyayangi hambaNYA.salah satu dari caranya adalah dengan memberi ujian sebagai tanda mahabbah daripadaNYA.ujian itu teguran tanda ingatan.la tahzah duhai hati yang menangis.semoga kamu tabah.kamu kena tahu erti kuat dan tabah selalu.

Kenapa aku sentiasa menangis ?
Kerana aku tahu bahawa menangis itu tandanya aku masih mempunyai hati hati dan ianya sedang  sakit dan perlukan penawar.tangisan itu menunjukkan hebatnya kita dapat bertahan dan tiba masanya kita lepaskan semua beban itu.DIA lebih mengetahui apa yang ada dalam hati-hati kita.

Kenapa aku tidak bijak seperti mereka ?
Kerana DIA tahu yang riak itu pasti akan menghuni hati ini.hati itu akan mudah untuk dipengaruhi dengan perkara-perkara yang mazmumah.nauzubillah.bukankah lebih baik rasa betapa susahnya mencari sesuatu ilmu itu agar kita tahu betapa syukurnya dan betapa kita menghargai sesuatu itu.

Kenapa aku tak kuat seperti mereka ?
Kerana DIA tahu bila hati itu kuat maka hati itu akan hilang kewarasan.muncullah sifat mazmumah yang lain.mereka yang kuat tidak bermakna mereka hebat.mereka juga masalah cumanya mereka sentiasa cuba menutup masalah itu dengan air muka sebaik mungkin dan aku seringgagal dalam merencanakan muka seperti itu.

Kenapa aku tidak kaya seperti mereka ?
Kerana DIA tahu bila kekayaan itu ada maka membazir itu akan sentiasa menghantui aku.duit itu akan mengalir seperti air.mengalirnya duit itu bukan pada tempatnya.kalau duit itu mengalir pada perkara yang membawa kepada kebaikan dan pahala.alhamdulillah.kalau sebaliknya.nauzubillah.

Kenapa kawan aku tidak setia seperti mereka ?
Kerana DIA tahu aku juga tidak setia.suka memanipulasi itu tidak asing dalam diri aku.meninggal dan ditinggalkan juga sentiasa akan berlaku.itu kehidupan.kawan itu tidak kekal dan mereka punya pelbagai rasa dan ragam.cari yang benar-benar mahu berkawan dengan kamu bukan dengan fizikal yang kamu ada tapi dengan zahiriah yang kamu punya.


Manusia itu sering bertanya kenapa ? kenapa ? dan kenapa ?

seperti hanya mereka sahaja yang hidup dalam kesusahan dan kesempitan.

manusia itu sangat menyukai benda-benda yang cantik.

perkara-perkara yang mendatangkan kesenangan.

biar mereka mengenal kita dengan rasa tidak sempurna.

untuk melihat adakan mereka ikhlas untuk berkawan dengan kita.

itulah ujian pada permulaan.

mereka tidak lihat orang di bawah mereka tapi mereka sentiasa melihat orang yang di atas mereka jadi 

kesyukuran itu tidak akan pernah wujud dalam diri mereka.

melihat mereka mendapat yang terbaik.

aku juga mahu tapi tahukah kita 

apakah pahala kita akan mengalir bila kita mendapatkan sesuatu yang kita inginkan ?

kena selalu tanya diri,apa sebenarnya yang kita mahukan ?

jangan benarkan diri itu terpengaruh dengan benda atau perkara-perkara lagha.aku juga sering begitu

 tapi secepat mungkin aku sedarkan diri di mana aku harus berada.

bersederhana dalam setia perkara itu yang terbaik.dari situ sifat-sifat yang terpuji akan muncul.

itu takdir kita.

DIA dah rancang sesuatu untuk kita.

percaya pada DIA.kena selalu percaya.

aku sering gagal mendidik hati tapi aku tidak pernah putus asa untuk terus mendidik hati aku

agar ianya sentiasa terpelihara dari perkara yang bole mendatangkan dosa.

manusia itu mudah lupa kena selalu diingatkan.

Aku juga manusia sentiasa cuba tahu setiap definisi yang aku perlukan.

aku sering gagal dan jatuh.

sakitnya hanya DIA yang tahu.

bila DIA mengambil beliau aku rasa sangat lost dan down tapi aku tahu ada hikmah.

Aku cuba cari dan percaya pada hikmah itu semampu aku.

Kehidupan setiap orang itu berbeza ianya perlu di ‘explore’

Kerana kehidupan itu penuh dengan misteri dan kejutan

Kena siap siaga selalu.

Yang selalu muncul itu bukan yang kita inginkan biasanya.

Selagi bole lari dari berfikiran negative.

Aku cuba.

Walaupun negative itu lagi banyak dari positif

Tapi aku nak jugak cuba semampu aku 
.
Aku kena selalu ingatkan diri aku

Supaya sentiasa cuba

Kuat,kuat dan terus kuat.

Kerana hidup ini pendek.

Mati itu sentiasa dekat dengan kita.

Jadi kena buad segalanya sebaik dan sesempurna yang aku mampu.

.insyaALLAH.

duhai hati,

jangan sentiasa bersedih.

ingat !

percaya pada DIA.

No comments:

Post a Comment